SELAMAT DATANG

MOTTO

AMALAN MENABUNG LATIH PELAJAR BERJIMAT

Peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” sinonim dengan amalan menabung yang sepatutnya dijadikan budaya sejak pelajar masih kecil lagi. Amalan itu perlu bermula secara sedikit-sedikit dan sejak awal kerana seperti kata pepatah “ kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Harapan tiada lain melainkan amalan menyimpan dan berjimat-cermat sejak awal itu akan menjadi kebiasaan apabila dewasa. Selain dapat mengelakkan pembaziran, pada masa sama tabungan secara sedikit-sedikit itu boleh digunakan untuk menampung keperluan terutama apabila melanjutkan pelajaran.
Bagaimanapun, amalan positif itu kini dilihat semakin terhakis dalam arus kehidupan masyarakat moden. Jika adapun kaedah menabung, kini ia tidak sama seperti dulu di mana duit simpanan dalam tabung antaranya diperbuat daripada tempurung kelapa atau batang buluh. Sebagai inisiatif mengalakkan amalan menabung dalam kalangan pelajar sekolah.
 Langkah ini penting kerana ia bukan saja mengajar berjimat-cermat malah sebagai persediaan masa depan terutama ketika ingin menyambung pengajian ke universiti. Selain pelajar sendiri menyedari kepentingan menabung ibu-bapa juga perlu memainkan peranan menyemai budaya ini dalam diri anak-anak mereka sejak kecil lagi. Pihak sekolah, badan bukan kerajaan dan bank tempatan juga boleh memainkan peranan dalam menggalakkan pelajar menabung yang terbukti banyak faedahnya.  Pelajar juga digalakkakn membuka akaun bank untuk menyimpan duit tabungan supaya ia selamat dan boleh digunakan apabila memerlukan.

SUMBER:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/7012-amalan-menabung-latih-pelajar-berjimat.html

No comments:

Post a Comment