SELAMAT DATANG

MOTTO

WIDGET MENGENAI ALTENATIF KEPADA BEG PLASTIK

Beg Boleh Digunakan Semula 
  Banyak kedai-kedai runcit yang menjual beg boleh digunakan semula dengan harga yang murah. Jika ia disimpan rapi, ia jauh lebih tahan lama berbanding beg plastik.
Kotak Boleh Dilipat 
Kotak-kotak seperti ini boleh dilipat rata apabila ia tidak digunakan.
Kotak Kadbod
Sesetengah kedai sering memberi pelanggan kotak-kotak pakej pembelian barang.
Beg Membeli Belah Beroda
Ada yang diperbuat daripada nilon, logam atau bahan-bahan lain dan mempunyai roda di bahagian dasarnya. Faedah penggunaan beg seperti ini adalah ia boleh berdiri dengan sendirinya sambil anda membeli-belah, dan anda tidak perlu mengangkat beban yang berat kerana anda boleh menariknya.
Bakul
Suatu alternatif yang kelihatan menarik dan kreatif adalah penggunaan bakul rotan. Bakul rotan yang dibuat dengan baik cukup tegap untuk mengangkat beban yang berat.
Beg Galas
Sesetengah orang menggunakan beg galas sebagai satu alternatif beg plastik. Beg galas amat mudah digunakan, terutamanya jika anda menggunakan pengangkutan awam atau menunggang sebuah motosikal ke kedai.
Beg Organik
Ia sedikit mahal berbanding beg boleh diguna semula, ini kerana beg seperti ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti kapas, yang biodegradable.
Beg Dikitar Semula
Anda boleh membeli beg dikitar semula, yang sering kali diperbuat daripada beg-beg plastik lama. Ia boleh dilipat menjadi kantung kecil yang mudah dibawa ke mana-mana.

FAKTA YANG TIDAK INGIN DIKETAHUI MENGENAI BEG PLASTIK

Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah
Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik dari kedai membeli belah:
    • Beg Plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
    • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
    • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga.
    • Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
    • Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
    • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
    • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
    • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
    • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
    • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
    • Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung-burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.
      SUMBER :http://www.mpib.gov.my/kempen/no_plastic_bag

HARI TANPA BEG PLASTIK


Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.

Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Kalau kita ke  Speed Mart 99 atau mana-mana, walaupun hari itu bukan hari Sabtu, satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Di sini  kita boleh lihat betapa kerajaan sedar dan peka terhadap permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya.

Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.

Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang  menyebabkan banjir, dan merosakkan  kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg  plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.

Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing.
Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China  telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.

SUMBER:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/6612-hari-tanpa-beg-plastik.html

MENYEMAI TABIAT MENABUNG


menabung2
Tabiat menabung mesti dipupuk dari kecil lagi

•    Tabiat menabung perlu dipupuk dari awal. Sikap ini memsti diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
•    Menabung dikategorikan dalam beberapa jenis. Di antaranya:
a)    Menyimpan wang tunai ke dalam tabung khas di rumah
b)    Membuka akuan simpanan peribadi atau bersama
c)    Membuat pelaburan dengan saham amanah
d)    Menabung dengan tabung haji
e)    Menabung dengan membeli emas
f)    Membuka akaun simpanan emas di bank tertentu yang menawarkannya.

•    Mulakan dengan menabung sikit demi sedikit, berikan kepada anak anda duit syiling dana ajar dia masukkan sendiri dalam tabung setiap hari. Menurut pakar psikologi, sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau budaya selepas diamalkan secara tetap selama 21 hari.

•    Apabila tabung sudah penuh, ajak anak mengira jumlah wang dalam tabung bersama-sama supaya anak dapat menilai hasil tabungan dia selama ini. Ini akan merangsang anak anda untuk minat menabung yang berikutnya. Hasil tabungan ini juga merupakan hadiah untuk mereka. Mereka boleh membeli apa yang mereka kehendaki dengan duit tabungan tersebut. Jumlah selebihnya bolehlah didepositkan dalam akaun persendirian.

•    Bagi orang dewasa pula, paksa diri anda menyimpan sedikit wang ke dalam akuan simpanan anda pada setiap bulan. Selain itu, anda boleh buat pemotongan gaji bulanan terus ke akaun anda.

•    Anda  mungkin tidak dapat melihat dalam waktu yang singkat, tetapi apabila anda melihat jumlah simpanan anda beberapa tahun selepas itu, anda akan lebih bersemangat untuk  menyimpan untuk kegunaan peribadi dan keluarga.

•    Simpanan juga amat penting bila anda berada dalam kesulitan terutama ekonomi keluarga.

SUMBER: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/7540-menyemai-tabiat-menabung-.html

AMALAN MENABUNG LATIH PELAJAR BERJIMAT

Peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” sinonim dengan amalan menabung yang sepatutnya dijadikan budaya sejak pelajar masih kecil lagi. Amalan itu perlu bermula secara sedikit-sedikit dan sejak awal kerana seperti kata pepatah “ kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Harapan tiada lain melainkan amalan menyimpan dan berjimat-cermat sejak awal itu akan menjadi kebiasaan apabila dewasa. Selain dapat mengelakkan pembaziran, pada masa sama tabungan secara sedikit-sedikit itu boleh digunakan untuk menampung keperluan terutama apabila melanjutkan pelajaran.
Bagaimanapun, amalan positif itu kini dilihat semakin terhakis dalam arus kehidupan masyarakat moden. Jika adapun kaedah menabung, kini ia tidak sama seperti dulu di mana duit simpanan dalam tabung antaranya diperbuat daripada tempurung kelapa atau batang buluh. Sebagai inisiatif mengalakkan amalan menabung dalam kalangan pelajar sekolah.
 Langkah ini penting kerana ia bukan saja mengajar berjimat-cermat malah sebagai persediaan masa depan terutama ketika ingin menyambung pengajian ke universiti. Selain pelajar sendiri menyedari kepentingan menabung ibu-bapa juga perlu memainkan peranan menyemai budaya ini dalam diri anak-anak mereka sejak kecil lagi. Pihak sekolah, badan bukan kerajaan dan bank tempatan juga boleh memainkan peranan dalam menggalakkan pelajar menabung yang terbukti banyak faedahnya.  Pelajar juga digalakkakn membuka akaun bank untuk menyimpan duit tabungan supaya ia selamat dan boleh digunakan apabila memerlukan.

SUMBER:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/7012-amalan-menabung-latih-pelajar-berjimat.html

MEMBUDAYA AMALAN KITAR SEMULA

Hasil kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mendapati kesedaran rakyat negara ini untuk melakukan kitar semula kertas akhbar masih lagi pada tahap kurang memberangsangkan iaitu sebanyak 40 hingga 45 peratus saja.

Peratusan ini juga menggambarkan tahap kesedaran berkaitan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di negara ini masih lagi jauh berbanding negara membangun lain.

Bukan itu saja, tahap kesedaran kitar semula mahupun menjaga alam sekitar masih sukar dipertingkatkan walaupun pelbagai program sudah dilaksanakan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan bagi membudayakan amalan ini di Malaysia.

Malah, kegagalan membudayakan amalan kitar semula ini juga mengakibatkan masalah seperti pencemaran sampah-sarap dan kepupusan tumbuhan hijau yang kian berleluasa.

Jumlah sampah yang masuk ke tapak pelupusan sampah turut semakin bertambah pada setiap hari dan ternyata situasi ini amat menyedihkan. Terdapat individu yang menyedarinya tetapi lebih ramai yang tidak mengendahkannya walaupun mereka mengetahui kesan masalah ini.

Menyedari keadaan yang semakin tenat, Estee Lauder Companies (ELC) Malaysia bersama pusat beli-belah Mid Valley Megamall tampil memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengekalkan keindahan alam.

Ia dilaksanakan melalui kempen Beautiful Earth yang diadakan buat kali kelima tahun ini sempena sambutan Bulan Bumi 2013.

Kempen komuniti ini antara lain menjadi tanda komitmen mereka yang bukan saja menyediakan penjagaan kecantikan kepada masyarakat tetapi turut membantu mencantikkan bumi.

Memberi fokus utama mendidik orang ramai terutama golongan muda bermula daripada anak kecil mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, konsep kitar semula dijadikan asas kempen berkenaan.

Menerusi mesej, kitar semula bermula daripada kecil dan sekarang, ELC juga menyokong usaha Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) yang sentiasa aktif mengadakan program kemasyarakatan untuk menggalakkan orang ramai melakukan perubahan demi memelihara serta memulihara alam sekitar.

Pengarah Urusan ELS Malaysia, Paul Slavin berkata, pihaknya berbangga dapat meneruskan tradisi berkenaan memandangkan ia sudah berada di negara ini sejak 26 tahun lalu dan di Malaysia, pihaknya secara aktif menyokong projek yang melindungi ekologi dan kesejahteraan sosial negara ini.

“Bagi terus memupuk kesedaran hijau dalam kalangan pekerjanya, Estee Lauder Companies juga mengadakan hari tanpa kertas di mana semua pencetak dalam syarikat ditutup dan pekerja digalakkan untuk mengadakan ‘mesyuarat hijau’ tanpa kertas.

“Sekiranya ada pekerja yang membawa kertas, mereka akan disuruh meninggalkan bilik mesyuarat,” katanya.

Kempen berkenaan turut disokong oleh semua jenama di bawah kumpulan seperti Aramis, Bobbi Brown, Clinique, DKNY Fragrances, EstÈe Lauder, Lab Series Skincare for Men, La Mer, MAC., Origins, Tommy Hilfiger Fragrances dan Zegna Fragrances selain HSBC Bank Malaysia.

SUMBER: http://www.hmetro.com.my/articles/Membudayaamalankitarsemula/Article

DEFINISI KITAR SEMULA

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: sisa@my.Malaysia).  Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.

  • Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.( www.medcities.org) . Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.


Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?

1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.

2) Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).

3) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.

4) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.

5) Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.

6) Menjana pendapatan dengan mudah.

7) Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.

8) Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.

9) Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.

10) Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.




  • Tahukah anda di Malaysia terdapat pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menyokong program yang berkaitan dengan kitar semula ini? Amalan kitar semula ini merupakan salah satu amalan gaya hidup lestari. Semua ini menunjukkan bahawa amalan kitar semula merupakan amalan yang SANGAT BAIK !!!  Jadi marilah kita bersama-sama memulakan amalan gaya hidup ini tidak kira dimana jua kita berada. Secara tidak langsung kita dapat membantu memelihara kehijauan bumi kita dan membantu menjana pendapatan terutamanya kepada golongan terkebawah.


Apakah barangan yang kita boleh kitar semula?

1) Kertas

- Surat khabar lama, buku, majalah lama,kertas, kotak, sampul surat, kalendar dan sebagainya

2) Aluminium dan besi

- Tin minuman, foil aluminium dan barangan logam

3) Plastik

- Beg plastik, botol mineral, botol syampo, botol minuman, bekas makanan plastik dan sebagainya

4) Pakaian

- Pakaian-pakaian lama

5) E-waste

- Barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya

Barangan yang tidak boleh dikitar semula:

1)      Tin cat

2)      Tong sisa toksik

3)      Sel kering

4)      Mentol

5)      Tingkap rumah

6)      Aluminium foil

7)      Bekas styrofom

8)      Lampin pakai buang kanak-kanak

9)      Bakas pembalut makanan

10)  Kertas tisu

Tong Kitar Semula

   Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri.  Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong  yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga.


Set Tong Kitar Semula Coklat, Biru dan Jingga.

                                          
Fungsi warna biru yang terletak pada salah satu tong kitar semula ini adalah untuk menggumpul kertas, tong coklat untuk menggumpul kaca dan tong jingga untuk menggumpul tin aluminium dan plastik.

SUMBER : http://cgsscommunityoutreach.blogspot.com/p/definisi-kitar-semula.html

KITAR SEMULA

Kitar Semula dapat menyelamatkan alam sekitar


FAKTA 1

Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen

FAKTA 2

Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok

FAKTA 3

18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)

FAKTA 5
Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam

Bukti Keprihatinan Kepada Alam Sekitar Dengan Melakukan Amalan Berikut Semasa Berbelanja Di Pasar:

·         Beg kain dapat digunakan berulang kali

·         Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

·         Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

·         Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan

sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/1305-kitar-semula.html

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK



Sediakan senarai membeli-belah
Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku, sediakan senarai membeli-belah anda. Ini akan mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia akan membantu menjimatkan wang anda. Mudah, kan?

Bandingkan harga.

Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda idamkan, tetapi mendapat tahu yang barang itu dijual pada harga yang lebih rendah di kedai yang lain selepas melakukan pembelian anda? Anggap aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari setiap kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Pilihlah produk berkualiti

Kualiti atau harga murah? Pada kebiasaannya, kos harga produk berkualiti lebih mahal. Ini bergantung kepada produk tersebut. Sekiranya anda membeli beg berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti.

Pilihlah harga murah

Belilah dari peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan yang anda ingin beli. Segolongan peniaga membeli barangan mereka secara borong, untuk menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.

Baca label - pastikan tarikh luput

Anda harus membaca label dan memastikan tarikh luput barangan sebelum membelinya. Ini untuk memastikan anda tidak membeli barangan yang tidak harus digunakan lagi. Barangan seperti susu dan roti mempunyai jangka hayat simpanan yang pendek, jadi pastikan anda membaca label pemakanan untuk mengelakkan pembaziran.

Elakkan dari membeli barangan cetak rompak!

Anda mungkin telah mendengar pesanan ini berulang kali. Membeli barangan cetak rompak merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Membeli CD audio cetak rompak adalah sama seperti mencuri dan merompak artis kesayangan anda! Anda boleh memainkan peranan besar dalam membantu membanteras kegiatan cetak rompak. Tanpa permintaan, tiada jualan.

Berhati-hati dengan taktik jualan yang tidak beretika

Peniaga yang tidak beretika seringkali mencari jalan dan cara-cara baru untuk mendapatkan wang anda. Salah satu taktik yang kerap digunakan ialah taktik 'Gores dan Menang'. Pastikan aktiviti yang dijalankan itu sah dan boleh dipercayai.
Taktik yang digunakan oleh sesetengah peniaga yang tidak beretika itu mudah saja. Anda akan disuruh untuk menggores kad dan kemungkinan besar anda akan memenangi hadiah utama! Untuk mendapatkan hadiah utama tersebut, anda perlu membayar sejumlah wang ataupun disuruh untuk membeli barangan yang tidak berkualiti.

Gunakan kad kredit dengan betul

Kad kredit memang bermanfaat, tetapi ini bergantung kepada cara anda menggunakannya. Walaupun ianya lebih selamat kerana anda tidak perlu membawa terlalu banyak wang tunai, berbelanja secara berlebihan dengan kad kredit boleh mendatangkan masalah besar! Berbelanja dengan kad kredit memang mudah, tetapi membayar balik jumlah yang digunakan agak sukar. Pastikan yang anda memang perlu menggunakan kad kredit sebelum membeli sesuatu. Seboleh-bolehnya, bayarlah secara tunai.

Berkongsi kereta ke tempat kerja!

Anda boleh menjadi Pengguna Bijak dengan berkongsi kereta ke tempat kerja. Dengan berbuat demikian anda boleh menjimatkan perbelanjaan minyak petrol kenderaan anda.
Semasa musim perayaan ramai yang ingin balik ke kampung masing-masing. Memang munasabah dan mudah sekiranya anda menggunakan pengangkutan awam! Pastikan anda menempah tiket bas ataupun keretapi seawal mungkin sebelum kehabisan.

TIPS PENGGUNA BIJAK



  1. Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
  2. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
  3. Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
  5. Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
  6. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
  7. Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
  8. Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
  9. Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
  10. Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
  11. Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
  12. Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
  13. Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
  14. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
  15. Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
  16. Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
  17. Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
  18. Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
  19. Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
  20. Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
  21. Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
  22. Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
  23. Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  24. Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan.
  25. Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
  26. Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
  27. Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’. Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
  28. Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
  29. Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
  30. Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.