| Beg Boleh Digunakan Semula | |
| Banyak kedai-kedai runcit yang menjual beg boleh digunakan semula dengan harga yang murah. Jika ia disimpan rapi, ia jauh lebih tahan lama berbanding beg plastik. | |
| Kotak Boleh Dilipat | |
| Kotak-kotak seperti ini boleh dilipat rata apabila ia tidak digunakan. | |
| Kotak Kadbod | |
| Sesetengah kedai sering memberi pelanggan kotak-kotak pakej pembelian barang. | |
| Beg Membeli Belah Beroda | |
| Ada yang diperbuat daripada nilon, logam atau bahan-bahan lain dan mempunyai roda di bahagian dasarnya. Faedah penggunaan beg seperti ini adalah ia boleh berdiri dengan sendirinya sambil anda membeli-belah, dan anda tidak perlu mengangkat beban yang berat kerana anda boleh menariknya. | |
| Bakul | |
| Suatu alternatif yang kelihatan menarik dan kreatif adalah penggunaan bakul rotan. Bakul rotan yang dibuat dengan baik cukup tegap untuk mengangkat beban yang berat. | |
| Beg Galas | |
| Sesetengah orang menggunakan beg galas sebagai satu alternatif beg plastik. Beg galas amat mudah digunakan, terutamanya jika anda menggunakan pengangkutan awam atau menunggang sebuah motosikal ke kedai. | |
| Beg Organik | |
| Ia sedikit mahal berbanding beg boleh diguna semula, ini kerana beg seperti ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti kapas, yang biodegradable. | |
| Beg Dikitar Semula | |
| Anda boleh membeli beg dikitar semula, yang sering kali diperbuat daripada beg-beg plastik lama. Ia boleh dilipat menjadi kantung kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. | |
WIDGET MENGENAI ALTENATIF KEPADA BEG PLASTIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment