SELAMAT DATANG

MOTTO

Meneroka Nilai Herba Dalam Dunia Kesihatan

Tumbuhan merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai untuk manusia kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan sama ada sebagai sumber makanan, ubatan, kosmetik dan lain- lain lagi. Malah, Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia kerana memiliki hutan hujan tropika yang mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan. Ditambah lagi, kemewahan khazanah rimba Malaysia ini turut memiliki kira- kira 2000 spesies tumbuhan ubatan atau herba yang telah diwartakan, sekali gus menjadikan ia berperanan sebagai simpanan yang mengandungi bahan kimia bernilai untuk diproses menjadi produk asas penjagaan kesihatan mahupun sumber ubatan dan makanan. Penggunaan tumbuhan herba sebagai sumber ubatan dan juga makanan adalah sejajar dengan keperluan manusia itu sendiri. Selain ia digunakan dalam perubatan tradisional, tumbuhan herba juga menyumbangkan peranan dalam penemuan ubat- ubatan moden di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan bahawa sebanyak 80% daripada penduduk dunia bergantung kepada ubatan herba dalam penjagaan kesihatan asas.
Namun demikian, mungkin ramai di antara kita tidak mengetahui akan kewujudan tumbuhan tersebut serta kelebihannya dan memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan. Mungkin pendedahan dengan produk penjagaan kesihatan, minuman- minuman herba berasaskan tumbuhan yang berlambak di pasaran sekarang membuka mata masyarakat kita bahawa tumbuhan memberikan nilaian hebat dalam mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Tetapi sejauh mana tumbuhan herba tersebut berkesan seperti mana yang didakwa oleh pengusaha- pengusaha ubatan dan makanan perlulah dikaji secara mendalam.
Oleh itu, banyak kajian sekarang ini tertumpu kepada penyelidikan tumbuhan herba. Antaranya ialah seperti tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi, lidah buaya, pegaga, mengkudu, misai kucing, dukung anak  dan banyak lagi. Untuk memastikan agar tumbuhan herba ini dipelihara dan sumbernya berterusan, maka, kepelbagaian biologi iaitu hutan- hutan di negara kita perlu diurus dengan baik. Ini kerana, permintaan terhadap makanan kesihatan, ubatan tradisional yang berasaskan herba semakin meningkat dan mendapat tempat di hati orang ramai. Ini disebabkan oleh sifat kegunaan tumbuhan herba adalah pelbagai dan boleh digunakan secara meluas. Selain daripada sebagai sumber ubatan tradisional, tumbuhan herba juga digunakan dalam penghasilan bahan kimia tulen untuk ubat- ubatan dan juga ekstrak yang mengandungi bahan aktif. Di samping itu, ia bermanfaat di dalam industri makanan, minuman, perisa, kosmetik, bahan pencuci, wangi- wangian dan juga makanan tambahan (nutraseutikal).
Pada dasarnya, hubungan antara manusia dan tumbuhan tidak dapat disangkal  lagi kerana memang banyak manfaat yang diperolehi dari tumbuhan untuk manusia sejagat seandainya ia diguna dengan cara yang betul dan teratur. Disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh manusia itu sendiri, agar apa yang telah dianugerahkan oleh Allah dapat dimanfaatkan keseluruhannya. Ternyata, penggunaan secara berkesan sumber tumbuhan herba menjadikan masyarakat kita mahir dalam mengatur dan mengurus hal ehwal kesihatan. Contohnya, penggunaan tumbuhan herba dalam perubatan tradisional. Orang- orang dahulu mungkin memperolehi pengetahuan berkenaan dengan khasiat tumbuhan herba dengan melihat kesan tumbuhan tersebut dimakan oleh haiwan. Ada juga yang mungkin ditemui secara sengaja atau tidak sengaja dan pengalaman yang ditimba mengajar masyarakat dahulu sama ada sesuatu jenis tumbuhan herba boleh dimakan atau tidak. Pemerhatian rupa bentuk, warna dan bau sesuatu tumbuhan merupakan cara yang penting dalam menentukan tumbuhan herba boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau sebaliknya. Lantaran itu, perlunya juga penyelidikan yang saintifik disalurkan dalam bidang tumbuhan herba agar  pengetahuan masyarakat dahulu terhadap bidang ini tidak lenyap dalam arus perubatan moden. Ini kerana, potensi tumbuhan herba amat meluas sekali untuk dijadikan sebagai ubat- ubatan dan barang kegunaan yang lain.
Atas dasar ini yang bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan keperluan masyarakat kini, tumbuhan herba berupaya menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada petani malah mampu memberikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding sesetengah tanaman lain yang banyak diusahakan oleh petani. Oleh itu, penanaman tumbuhan herba perlu diperluaskan dan dikomersialkan  selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998- 2010 yang mengenalpasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini. Sejajar dengan itu, penggunaan herba dalam industri di Malaysia telah meningkat berkali ganda sejak berpuluh tahun dahulu. Contohnya penggunaan makanan herba untuk kesihatan (farmaseutikal dan nutraseutikal) telah mencecah RM950 bilion pada tahun 1996 dan dijangka meningkat pada masa sekarang. Namun begitu, peningkatan tersebut bukanlah suatu yang mengejutkan kerana ia berdasarkan sifat kegunaan tumbuhan  herba yang pelbagai.
Melihat kepada perkembangan ini, pasaran produk berasaskan herba tidak perlu dibimbangi kerana telah wujud satu aliran  masyarakat di dunia yang berpendidikan termasuk di Malaysia sendiri yang tidak terlepas daripada dilanda arus perkembangan tersebut, sudah mula mengutamakan dan menggunakan barangan berasaskan semula jadi berbanding barangan yang mengandungi bahan kimia. Apabila memperkatakan barangan yang berasaskan tumbuhan herba bermakna kehidupan yang diamalkan adalah kembali ke alam semulajadi  dan ia adalah selamat digunakan kerana diamalkan turun temurun dalam penjagaan diri dan kesihatan. Di samping itu, ia berkesan untuk merawat dan menjauhi daripada penyakit. Apa yang penting, barangan tersebut berkemungkinan murah jika dibandingkan dengan produk keluaran luar negeri dan ia adalah mesra alam (degradable). Secara tidak langsung, penggunaan barangan yang berasaskan tumbuhan herba akan membantu dalam menjana ekonomi negara dan kita tidak akan bergantung kepada negara luar untuk produk penjagaan diri dan kesihatan.
Contoh tumbuhan herba yang dikenali dan agak meluas penggunaannya di Malaysia ialah tumbuhan kacip fatimah. Pengambilan kacip fatimah oleh wanita dikatakan dapat meningkatkan pengaliran darah untuk menghilangkan kelesuan dan keletihan. Disamping itu, ia dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi dan dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin serta membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah mengandungi unsur antioksidan dan phytoestrogen yang dapat membantu mencegah pembiakan sel- sel kanser dalam badan. Oleh itu, tidak hairanlah jika pada hari ini pasaran produk yang berasaskan kacip fatimah agak meluas berdasarkan manfaatnya yang pelbagai.
Namun, apa yang menjadi persoalan, adakah benar seperti yang didakwa oleh pengeluar produk herba bahawa barangannya mengandungi unsur tumbuhan herba dan mampu memberikan kebaikan yang tertentu kepada kesihatan? Apa yang berlaku pada hari ini, ramai pengeluar produk herba menyatakan bahawa barangan yang diusahakan tersebut mengandungi tumbuhan herba yang sedemikian tetapi hakikatnya kuantiti tumbuhan herba dimasukkan ke dalam produk tersebut tidak mampu memberikan kesan yang mantap terhadap kesihatan. Oleh itu, apa yang diperlukan untuk memperluaskan lagi industri herba ini, selain daripada penyelidikan yang berterusan, perlu juga diadakan piawaian bagi produk herba bagi menjamin  mutu, keberkesanan dan keselamatan produk. Di samping itu, ia dapat menghasilkan produk yang seragam. Piawaian terhadap produk yang berasaskan tumbuhan herba perlu bagi menembusi pasaran dunia dan mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap manfaat sesuatu tumbuhan herba. Justeru itu, penyelidikan dan pembangunan terhadap tumbuhan herba perlu ditingkatkan dan mendapat kerjasama dari semua pihak agar khazanah tumbuhan yang kita miliki ini tidak lenyap begitu sahaja tanpa dimanfaatkan kegunaannya.

Inilah 10 Jenis Racun Dalam Kosmetik

Dengan semakin beragamnya produk ‘kosmetik alami’ yang muncul di pasaran saat ini, semakin membuat kita frustrasi dalam menemukan produk yang benar-benar tepat dan terbaik. Kita harus benar-benar jeli membaca komposisi produk kosmetik yang tercantum dalam label, jika tidak ingin kulit wajah bermasalah. Karena tidak jarang produsen kosmetik menggunakan bahan-bahan berbahaya bagi tubuh.
Berikut ini, Christopher Drummond, seorang penata rias selebriti menyebutkan 10 daftar racun yang umumnya ditemukan di dalam produk kosmetik Anda :
1.MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA
Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet setelah parabens. Bahan utamanya adalah formaldehida, yang dikenal untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesehatan manusia. Dapat menyebabkan dermatitis (radang kulit), luka bakar, inflamasi, dan pengeluaran air mata.
2. METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN
Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteri dan untuk memperpanjang batas waktu kadaluarsa produk. Meskipun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Efek yang mungkin terjadi adalah timbul banyak reaksi alergi dan ruam kulit.
3. PETROLATUM
Hindari petrolatum atau parfum berbahan petrolatum, karena ini merupakan sebuah byproduct dari produksi minyak bumi atau bensin.
4. PROPYLENE GLYCOL
Idealnya, ini adalah gliserin sayuran yang dicampur dengan alkohol yang terbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemukan pada beberapa produk kosmetik dan pembersih wajah. Zat ini dapat menyebabkan kemerahan pada kulit dan dermatitis kontak. Bahkan penelitian terakhir menunjukan bahwa zat ini juga dapat merusak ginjal dan hati.
5. PVP/VA COPOLYMER
Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lainnya. Dianggap dapat beracun, karena partikel-partikelnya dapat menyebabkan masuknya benda asing pada paru-paru orang sensitif.
6. STEARALKONIUM CHLORIDE
Stearalkonium klorida dikembangkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini dapat menyebabkan reaksi alergi.
7. SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)
Zat sintetis ini biasanya digunakan pada produk sampo untuk membersihkan dan menciptakan banyak busa. Efek yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut rontok, ketombe pada kulit kepala dan reaksi alergi. Sering kali kandungan zat ini disamarkan dalam pseudo-kosmetik alami dengan penjelasan dalam tanda kurung “berasal dari kelapa.”
8. SYNTHETIC COLORS
Bahan sintetis warna diyakini sebagai penyebab kanker. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali-kali menggunakannya.
9. SYNTHETIC FRAGRANCES
Wewangian sintetis yang digunakan dalam produk kosmetik mengandung sebanyak 200 zat kimia berbahaya. Bila Anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya bisa diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini dapat mengakibatkan efek samping seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper-pigmentasi, kekerasan batuk, muntah dan iritasi kulit.
10. TRIETHANOLAMINE
Sering digunakan dalam kosmetik untuk mengatur PH dan sebagai dasar bagi banyak produk pembersih. TRIETHANOLAMINE dapat menyebabkan reaksi alergi, termasuk masalah mata dan kekeringan pada rambut dan kulit. Bisa beracun jika diserap ke dalam tubuh dalam jangka waktu yang panjang.

Zat kimia berbahaya dalam kosmetik


Kosmetik berfungsi untuk mempercantik wajah dan menyehatkan kulit. Namun apa yang terjadi jika kosmetik yang digunakan justru mengandung bahan-bahan berbahaya? Selain dapat menyebabkan kulit menjadi rusak, kandungan berbahaya dalam kosmetik juga dapat menyerap ke dalam kulit dan darah sehingga membahayakan kesehatan Anda.

Sebuah penelitian yang dilakukan Enviromental Working Group (EWG) terhadap sampel darah dan urine pada 20 remaja putri usia 14-19 tahun menunjukkan adanya kandungan bahan berbahaya. Sebagian merupakan pemicu kanker, sebagian lagi bisa mempengaruhi keseimbangan hormonal. 
Pada penelitian mengidentifikasi tak kurang dari 16 jenis senyawa berbahaya yang diyakini berasal dari kosmetik baik berupa bedak, parfum dan sebagainya. Ke-16 bahan berbahaya itu lantas dikelompokkan ke dalam 4 golongan. 

Berikut ini adalah golongan bahan berbahaya yang dimaksud:
Paraben: Senyawa yang memiliki nama lain parahydroxybenzoic dan digunakan juga sebagai pengawet dalam mie instant ini punya efek samping jika digunakan melebihi ambang batas keamanan. Karena sifatnya mirip dengan hormon esterogen, di dalam tubuh akan memicu ketidakseimbangan yang bisa meningkatkan risiko kanker payudara. Dalam kosmetik, paraben sering digunakan sebagai campuran sabun, sampo, pasta gigi dan deodoran. Meski jarang, kontak langsung dengan kulit juga bisa menyebabkan alergi pada orang yang sensitif. 

Phthalate: Bahan ini dugunakan juga dalam pembuatan plastik untuk memberi sifat elastis atau lentur. Dampaknya bagi kesehatan jika terhirup atau tertelan dalam kadar tertentu adalah memicu gangguan sistem reproduksi, asma dan alergi. Dalam kosmetik, phthalate digunakan sebagai pelarut tambahan dalam berbagai produk wewangian. 

Wewangian sintetis: Beberapa spesies binatang mengeluarkan wewangian alami yang disebut feromon, yang fungsinya adalah untuk menarik pasangan di musim kawin. Oleh manusia, wewangian ini dibuat tiruannya lalu digunakan dalam parfum, serta beberapa jenis sabun wangi dan produk perawatan rambut.
Beberapa jenis wewangian sintetis diketahui bisa memicu kanker pada binatang. Meski belum diuji pada manusia, diduga kuat senyawa ini juga meningkatkan risiko kanker pada manusia.

Triklosan: Secara langsung, triklosan yang digunakan dalam beberapa produk sabun dan pasta gigi bisa memicu gangguan kesehatan saat bereaksi dengan lingkungan aquatik atau berair. Salah satunya adalah gangguan pada keseimbangan hormon tiroid. Penggunaan triklosan secara berlebihan juga memicu dampak tidak langsung bagi kesehatan, yakni dengan memicu resistensi atau kekebalan kuman terhadap antibiotik. Dampaknya adalah kemunculan kuman-kuman super (superbug) penyebab penyakit yang tidak mempan dibasmi dengan antibiotik. 

Imidazolidinyl Urea dan Diazolidinyl Urea: Kedua zat kimia ini merupakan pengawet yang paling banyak digunakan selain Paraben. Kandungan utamanya ialah formaldehyde yang seringkali dipakai untuk mengawetkan jenazah. Bahan ini memang mampu mengawetkan komposisi dalam kosmetik, namun terbukti berbahaya bagi kesehatan tubuh manusia.

PVP / VA Copolymer: Bahan ini berasal dari petroleum (minyak tanah) dan banyak digunakan di produk hairspray. Selain tergolong dalam kategori toxic, zat kimia ini juga mengandung partikel yang dapat merusak paru-paru.

Sodium Lauryl Sulfate: Lazim digunakan dalam produk shampoo dan detergen, fungsinya untuk menghasilkan busa yang melimpah. Bahayanya, kandungan dapat menyebabkan iritasi mata dan kulit, kerontokan rambut, ketombe, serta reaksi alergi.

Stearalkonium Chloride: Bahan kimia ini banyak dipakai dalam conditioner dan krim rambut, namun dapat menyebabkan reaksi alergi. Stearalkonium chloride juga terbuat dari bahan yang sama dengan yang digunakan di produk pelembut kain.

Sumber: http://bacawanita.blogspot.com

MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG)

monosodium_glutamate2
MSG menyebabkan berat badan bertambah
Industri makanan menggantikan ‘broth’ atau ‘stock’ dengan perisa sintetik seperti monosodium glutamate (MSG)  untuk melazatkan yang mereka proses. Makanan-makanan seperti sup, sos, gravies (berkuah dan pekat), kicap, makanan ringan dalam bungkusan termasuk me segera dan lain-lain.
MSG boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan  ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG.
Kesan-kesan MSG
a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.
b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
d. Kesan pengambilan MSG  ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin.  Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
Biasanya pembeli selalu tertipu bila baca pada label makanan. Ini kerana MSG digunakan dengan nama lain.  Sesetengah pengusaha makanan langsung tidak meletakan kandungan MSG pada label makanan tersebut. Jika pada label dinyahkan rempah, perisa, perisa semula jadi, asid sitrik atau apa-apa yang hdrdroyzed atau autolyzed makanan tersebut mungkin mengandungi MSG.
Sup yang ditinkan  frozen dinners iaitu makanan beku yang perlu dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro, pelbagai jenis sos, makanan jepun, salad dressing dan banyak lagi makanan yang diproses mengandungi MSG.
Sesetengah mungkin MSG dan bioproduk daripada khinzir. Manakala sesetengah negara terutama negara yang bukan Islam, sungguhpun MSG dihasilkan daripada bahan asas berkarbohidrat seperti jagung atau sagu ubi kayu tetapi starter untuk pemprosesan MSG mungkin adalah produk haiwan yang tidak hala

WIDGET MENGENAI ALTENATIF KEPADA BEG PLASTIK

Beg Boleh Digunakan Semula 
  Banyak kedai-kedai runcit yang menjual beg boleh digunakan semula dengan harga yang murah. Jika ia disimpan rapi, ia jauh lebih tahan lama berbanding beg plastik.
Kotak Boleh Dilipat 
Kotak-kotak seperti ini boleh dilipat rata apabila ia tidak digunakan.
Kotak Kadbod
Sesetengah kedai sering memberi pelanggan kotak-kotak pakej pembelian barang.
Beg Membeli Belah Beroda
Ada yang diperbuat daripada nilon, logam atau bahan-bahan lain dan mempunyai roda di bahagian dasarnya. Faedah penggunaan beg seperti ini adalah ia boleh berdiri dengan sendirinya sambil anda membeli-belah, dan anda tidak perlu mengangkat beban yang berat kerana anda boleh menariknya.
Bakul
Suatu alternatif yang kelihatan menarik dan kreatif adalah penggunaan bakul rotan. Bakul rotan yang dibuat dengan baik cukup tegap untuk mengangkat beban yang berat.
Beg Galas
Sesetengah orang menggunakan beg galas sebagai satu alternatif beg plastik. Beg galas amat mudah digunakan, terutamanya jika anda menggunakan pengangkutan awam atau menunggang sebuah motosikal ke kedai.
Beg Organik
Ia sedikit mahal berbanding beg boleh diguna semula, ini kerana beg seperti ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti kapas, yang biodegradable.
Beg Dikitar Semula
Anda boleh membeli beg dikitar semula, yang sering kali diperbuat daripada beg-beg plastik lama. Ia boleh dilipat menjadi kantung kecil yang mudah dibawa ke mana-mana.

FAKTA YANG TIDAK INGIN DIKETAHUI MENGENAI BEG PLASTIK

Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah
Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik dari kedai membeli belah:
    • Beg Plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
    • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
    • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga.
    • Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
    • Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
    • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
    • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
    • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
    • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
    • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
    • Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung-burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.
      SUMBER :http://www.mpib.gov.my/kempen/no_plastic_bag

HARI TANPA BEG PLASTIK


Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.

Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Kalau kita ke  Speed Mart 99 atau mana-mana, walaupun hari itu bukan hari Sabtu, satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Di sini  kita boleh lihat betapa kerajaan sedar dan peka terhadap permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya.

Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.

Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang  menyebabkan banjir, dan merosakkan  kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg  plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.

Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing.
Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China  telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.

SUMBER:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/6612-hari-tanpa-beg-plastik.html